Arthur Boorman adalah seorang Veteran Tentera Perang Teluk yang mengalami kecacatan fizikal selama 15 tahun selepas dia mengalami kemalangan semasa melakukan pendaratan payung terjun. Dia diberitahu oleh doktor bahawa dia tidak lagi akan dapat berjalan dengan sendiri.
Namun selepas 15 tahun dia berjalan dengan menggunakan alat bantuan iaitu tongkat, seorang jurulatih Yoga memberi semangat dan bantuan kepadanya untuk pulih dan berjalan dengan sendiri.
Melalui video yang dikongsikan sendiri oleh Arthur, ianya adalah bukti bahawa kita tidak boleh meletakkan had pada apa yang kita mampu lakukan, kerana kita sering tidak tahu potensi diri kita sebenar. Selepas 15 tahun menjadi orang kurang upaya, dalam tempoh kurang daripada setahun, Arthur telah mengubah hidupnya. Kalaulah dia tahu apa yang dia mampu lakukan 15 tahun lebih awal.
"Selama 15 tahun, doktor memberitahu saya saya tidak akan berjalan tanpa bantuan lagi.
Mereka salah ... ia adalah mustahil.
Jangan sekali-kali memandang rendah apa yang anda boleh capai apabila anda percaya pada diri sendiri.
Jangan sekali-kali berputus asa."
- Arthur Boorman
0 Response to " Kisah Transformasi Seorang Veteran Tentera Kurang Upaya Mengejutkan Para Doktor.."
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.